Nadzmi Adhwa Jawab Dakwaan Dah Bercerai

Nadzmi Adhwa Jawab Dakwaan Dah Bercerai

Pelakon Nadzmi Adhwa menafikan khabar angin bahawa dirinya telah bercerai dengan isteri, aktres Ardell Aryana, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam temu bual bersama Melodi TV3, Nadzmi atau nama penuhnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 33, menjelaskan bahawa rumah tangga mereka dalam keadaan baik dan tidak menghadapi sebarang masalah.

“Kami bahagia dan tiada sebarang masalah. Saya mohon semua mendoakan kesejahteraan keluarga kami. Ini adalah fitnah. Hanya kami yang tahu keadaan sebenar, jadi jangan terlalu mudah percaya.

“Ramai saudara-mara menghubungi kami kerana khabar angin ini, tetapi Alhamdulillah, kami baik-baik sahaja,” jelasnya.

Tambah Nadzmi, dia percaya perkara ini berkaitan dengan penyakit ain, dan atas sebab itu, mereka memilih untuk menjalani kehidupan rumah tangga secara lebih privasi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

“Jika ada yang mendengar tentang keadaan kesihatan Ardell sebelum ini, saya tidak menafikan bahawa ia berkaitan dengan penyakit ain. Oleh itu, kami cuba mengurangkan pendedahan kehidupan peribadi kami.

“Sedikit privasi itu perlu kerana kita tidak tahu apa yang orang boleh lakukan. Sebab itulah kami cuba untuk tidak terlalu menunjuk,” katanya.

Untuk makluman, Nadzmi dan Ardel mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019, dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Scroll to Top