Nafi Bercerai, Rumah Tangga Nafiz Muaz Masih Bahagia – “Tak Kongsi Mengenai Isteri, Tak Bermakna Kami Ada Masalah”

Nafi Bercerai, Rumah Tangga Nafiz Muaz Masih Bahagia – “Tak Kongsi Mengenai Isteri, Tak Bermakna Kami Ada Masalah”

Tiada angin tiada ribut, pelakon Nafiz Muaz terkejut apabila timbul dakwaan mengatakan rumah tangganya bersama ahli perniagaan, Diyana Omar sudah berentakan.

Menepis gosip tersebut, Nafiz menjelaskan dia bahagia melalui alam perkahwinan bersama isteri.

“Kami masih suami isteri dan tidak bercerai, kami baik-baik sahaja dan menjalani alam perkahwinan bersama. Soal kehidupan peribadi saya biarlah tiada siapa yang tahu melainkan ahli keluarga.

“Saya tak kongsi mengenai isteri saya, bukan sebab saya ada masalah dengan dia, tidak,” katanya.

Tambah Nafiz, dia menyimpan privasi keluarha dan tidak berkongsi mengenai kebahagiaan di media sosial.

“Kalau saya bahagia pun saya tak akan kongsi di media sosial, hanya biar saya dan keluarga sahaja yang tahu,” katanya ketika ditemui XTRA.

Nafiz berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, Nafiz bakal muncul dengan drama bersiri Langit Ke Tujuh bersama barisan pelakon lain seperti Zamarul Hisham, Nora Danish, Faezal Elai dan Farahdhiya.

Drama bersiri arahan pengarah terkenal Heykal Hanifah itu membawa cerita mengenai kisah ajaran sesat dan ia bakal bersiaran di Tonton.

Artikel Berkaitan: “Tak Mahu Gadaikan Agama Kerana Kerjaya” – Nafiz Muaz Tolak Banyak Tawaran Drama Cinta, Elak Adegan Bersentuhan

Scroll to Top