Nafi Mandul, Alyah Berhabis Ratus Ribu Jalani Rawatan IVF – “Saya Pernah Alami Keguguran, Ada Lima Telur Terpaksa Dilepaskan…”

Nafi Mandul, Alyah Berhabis Ratus Ribu Jalani Rawatan IVF – “Saya Pernah Alami Keguguran, Ada Lima Telur Terpaksa Dilepaskan…”

Penyanyi, Datin Alyah menafikan dakwaan mengatakan dirinya ‘mandul’, sebaliknya mendedahkan dia pernah mengalami keguguran sekitar tahun 2019.

Memetik laporan Berita Harian, isteri kepada maestro terkenal negara, Datuk Ramli MS ini turut memaklumkan dia pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro fertilisation (IVF) pada 2021 dan memperoleh lima telur namun terpaksa dilepaskan.

Jelas Alyah, keputusan tersebut diambil kerana bimbang berlaku kecacatan kepada bayi sekiranya rawatan diteruskan.

“Saya tak mandul, doktor mengesahkan saya dan suami sihat. Ssaya pernah alami keguguran pada 2019. Kemudian jalani rawatan IVF pada 2021. Kami berjaya dapatkan lima telur iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.

“Bagaimanapun, COVID-19 melanda, jadi doktor nasihat supaya tangguh dahulu proses persenyawaan. Ketika itu, saya juga mengalami masalah kolesterol tinggi, gastrik dan gerd yang teruk.

“Jadi, saya buat pembedahan bariatrik atau pemotongan usus terlebih dahulu supaya memudahkan proses kehamilan. Tapi, perancangan Allah lebih hebat apabila saya mengalami masalah kekurangan nutrisi.

“Rawatan IVF bukan sedikit, hampir cecah ratus ribu. Memang saya ‘down’ sangat. Tiap malam saya bangun mengadu kepada Allah. Bila bercakap dengan Allah, jawapan saya terima adalah ketenangan” katanya.

Sebelum ini, Alyah berkongsi berita gembira mengenai kehadiran anak angkatnya, Nur Izzara yang membawa sinar kebahagiaan dalam hidup mereka.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia.

Sumber: Berita Harian

Scroll to Top