Nafi Sengaja Cipta Publisiti Tayang L*rah, Sophia Albarakbah Akan Lebih Berhati-Hati Jaga Penampilan

Nafi Sengaja Cipta Publisiti Tayang L*rah, Sophia Albarakbah Akan Lebih Berhati-Hati Jaga Penampilan

Pelakon, Sophia Albarakbah tampil memberi respons susulan penampilannya yang menampakkan lurah dada baru-baru ini dikritik ramai pihak.

Menurut Sophia atau nama sebenarnya, Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 32, dia hanya memakai busana yang ditaja oleh seorang pereka fesyen.

Namun begitu, Sophia menerima semua teguran dengan hati yang terbuka serta berjanji untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaiannya di masa akan datang.

“Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa tentang isu ini (penampilan seksi) sehinggalah seseorang memberitahu saya. Saya hanya menggayakan baju ditaja.

“Terima kasih kepada semua yang prihatin tentang penampilan saya. Saya akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian,” katanya kepada XTRA.

Sophia ditemui di majlis pelancaran butik flagship Amber di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Dalam masa yang sama, Sophia turut menegaskan serta menafikan dakwaan mengatakan dia sengaja mahu mencipta kontroversi dek penampilannya itu, sebaliknya aktres jelita ini menganggap kritikan netizen itu satu lumrah apabila menjadi seorang selebriti.

“Kita tidak boleh elak daripada kecaman orang, ia bukan sesuatu yang baru malah nanti akan ada lagi orang bercakap tentang saya.

“Saya tahu sebagai public figure, kita perlu berdepan dengan kecaman-kecaman ini.

“Saya tidak rasa saya sengaja cetuskan kontroversi, saya hidup macam biasa sahaja tetapi orang memilih bercakap tentang saya,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kena Kecam, Warganet Dakwa Sophia Albarakbah Sengaja Tayang Lur*h

 

Scroll to Top