mhafis@mediaprima.com.my
Gerik: Polis akan menyiasat dakwaan bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik awal pagi tadi dipandu laju.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya akan menyiasat dari pelbagai sudut termasuk dakwaan bas itu dipandu laju.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat dan sebahaginya diminta tampil membantu siasatan.
“Mereka diminta hadir ke balai polis berdekatan atau berhubung dengan pegawai penyiasat bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu tular kenyataan di laman sosial oleh seorang indvidu mendakwa bas terbabit memotong kenderaannya dan dibawa laju.
Harian Metro melaporkan pihak polis sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca kemalangan membabitkan sebuah bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik awal pagi tadi.
- Mangsa jerit meminta tolong, ada yang ajar rakan mengucap – Saksi
- Nahas bas bawa pelajar UPSI, polis jalankan siasatan menyeluruh
- Nahas 15 maut: UPSI buka Bilik Gerakan, hotline
- Nahas 15 maut: Kerusi tercabut, serpihan bertaburan di lokasi
- Nahas 15 maut: Sepatutnya saya pulang dengan bas itu
- Nahas 15 maut: Ada tercampak, ada dalam bas, ada keluar sendiri
- PM arahkan KPT selaras bantuan buat keluarga mangsa nahas di Gerik
- KPT salur bantuan kepada susulan nahas bas bawa pelajar UPSI
- UPSI sahkan nahas bas 15 maut babitkan pelajarnya
- Nahas bas bawa penuntut UPSI: 7 mangsa di zon merah Hospital Gerik
- Nahas bas pelajar UPSI: Bomba potong bahagian belakang bas persiaran
- Nahas bas bawa pelajar UPSI: Sekurang-kurangnya 15 mangsa maut
© New Straits Times Press (M) Bhd