Nahas 2 tren di Bekasi: Angka kematian meningkat kepada 14

Nahas 2 tren di Bekasi: Angka kematian meningkat kepada 14

Jakarta: Sekurang-kurangnya 14 orang disahkan maut selepas insiden perlanggaran membabitkan dua tren penumpang yang berlaku malam tadi di luar Jakarta, menurut syarikat kereta api milik kerajaan, PT Kereta Api Indonesia (KAI).

Syarikat itu memaklumkan jumlah korban meningkat daripada angka awal selepas kemas kini terkini dikeluarkan pada Selasa.

“Berdasarkan data terkini setakat 08.45 pagi Waktu Indonesia Barat atau WIB (0145 GMT), 14 orang disahkan maut,” menurut kenyataan itu.

Dalam insiden sama, 84 mangsa dilaporkan menerima rawatan di hospital berikutan kecederaan yang dialami.

Pihak PT Kereta Api Indonesia (KAI) kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian yang mengakibatkan pertembungan dua tren penumpang terbabit.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top