nurul.hidayah@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak pada 9 Jun lalu bukan disebabkan masalah mekanikal kenderaan itu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya mengambil langkah proaktif untuk menyiarkan penemuan awal berhubung kemalangan itu.
Katanya, langkah itu bagi membantu siasatan lanjut oleh pihak berkuasa serta memberikan maklumat tepat kepada orang ramai berhubung kemalangan berkenaan yang mendapat perhatian awam.
“Berdasarkan laporan awal teknikal yang disediakan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), keadaan fizikal brek bas berkenaan membabitkan ‘lining’ dan ‘drum’ bagi semua gandar masih berada di dalam keadaan memuaskan.
“Tidak terdapat sebarang ketidakseragaman pada ‘drum’ brek mahupun kenipisan pada ‘lining’ brek. Tiada petunjuk kegagalan mekanikal pada aspek itu yang boleh dikaitkan secara langsung sebagai punca kemalangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Anthony berkata, berdasarkan pemeriksaan fizikal tayar pula mendapati ketebalan bunga tayar dalam keadaan memuaskan dan mematuhi piawaian ditetapkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Komponen bahagian stering dan suspensi secara menyeluruh dalam keadaan memuaskan. Berdasarkan pemerhatian dan siasatan teknikal, tiada bukti merujuk kepada kegagalan sistem mekanikal yang menyebabkan kemalangan.
“Justeru itu, kemungkinan besar kemalangan itu berlaku atas faktor lain seperti faktor manusia, keadaan jalan dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata, langkah penambahbaikan bersesuaian akan dipertimbangkan dan dilaksanakan berdasarkan penemuan akhir nanti bagi memastikan keselamatan jalan raya terus dipertingkatkan.
“Kementerian ini ingin menegaskan bahawa keselamatan pengguna jalan raya adalah keutamaan kami.
“Penguatkuasaan ferhadap pematuhan piawaian keselamatan, kelayakan pemandu dan pemantauan operasi syarikat pengangkutan akan terus diperketat secara berterusan.
“Kami komited untuk memastikan keadilan ditegakkan serta tragedi sebegini tidak berulang,” katanya.
- Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga pelajar UPSI
- Polis tubuh pasukan khas siasat nahas 15 maut di Gerik
- Hafizah Al-Quran antara 15 korban tragedi bas di Gerik
- Nahas 15 maut: Penumpang Perodua Alza dirawat di Hospital Baling dilaporkan stabil
- Bas dalam keadaan baik, pemandu juga berhemah – Pengusaha bas
- Lega bila dapat maklumat Tuan Muhammad Adham selamat – Bapa saudara
- Bas persiaran bawa pelajar UPSI dipandu pemandu gantian
- Menggeletar badan dapat panggilan adik kemalangan
- Proses bedah siasat dijangka ambil masa
- Tak sempat jumpa cucu sebelum naik bas
- 19 van jenazah berkonvoi gerak ke Perak
- Hiba lihat video belasan van jenazah
- Saya nampak mereka meronta… kemudian senyap – Pelajar terselamat
- Polis belum dapat rekod keterangan pemandu bas
- Bas disewa atas inisiatif penuntut UPSI sempena Aidiladha
- Bas bawa penuntut UPSI tiada kamera papan pemuka
- Penumpang dakwa bas berbau hangit, terhuyung-hayang
- JKR diarah bantu siasatan kemalangan jika diperlukan
- Bas bawa penuntut UPSI langgar belakang Alza – Polis
- Polis siasat jika punca kemalangan akibat kecuaian atau…
- Polis siasat dakwaan bas dipandu laju, saksi diminta tampil
- Tak naik bas sebab masuk hospital kerana demam
- Malam tadi hantar naik bas, pagi ini dapat berita anak meninggal dunia – Ibu
- UPSI sahkan 42 pelajar terbabit
- Terengganu akan segera bantu waris
- Mangsa jerit meminta tolong, ada yang ajar rakan mengucap – Saksi
- Nahas bas bawa pelajar UPSI, polis jalankan siasatan menyeluruh
- UPSI buka Bilik Gerakan, hotline
- Kerusi tercabut, serpihan bertaburan di lokasi
- Sepatutnya saya pulang dengan bas itu
- Ada tercampak, ada dalam bas, ada keluar sendiri
- PM arahkan KPT selaras bantuan buat keluarga mangsa nahas di Gerik
- KPT salur bantuan kepada susulan nahas bas bawa pelajar UPSI
- UPSI sahkan nahas bas 15 maut babitkan pelajarnya
- 7 mangsa di zon merah Hospital Gerik
- Bomba potong bahagian belakang bas persiaran
- Nahas bas bawa pelajar UPSI: Sekurang-kurangnya 15 mangsa maut
© New Straits Times Press (M) Bhd