Nahas pesawat di Louisville ragut 3 nyawa, 11 cedera – Gabenor Kentucky

Nahas pesawat di Louisville ragut 3 nyawa, 11 cedera – Gabenor Kentucky
Nahas pesawat di Louisville ragut 3 nyawa, 11 cedera – Gabenor Kentucky

Kepulan asap tebal dari serpihan jet kargo UPS MD-11 selepas ia terhempas semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Louisville Muhammad Ali di Louisville, Kentucky, AS pada 4 November 2025 – Foto: Reuters

MOSCOW – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala 11 lagi cedera dalam nahas pesawat kargo di Louisville, kata Gabenor Kentucky Andy Beshear.

Pada Selasa, sebuah pesawat kargo MD-11 milik syarikat penghantaran UPS terhempas sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang Louisville, Kentucky.

Syarikat itu berkata terdapat tiga kru berada di dalam pesawat berkenaan.

“Kami percaya terdapat sekurang-kurangnya tiga kematian, dan angka itu mungkin meningkat.

“Kami juga mempunyai sekurang-kurangnya 11 mangsa cedera, sebahagiannya parah dan sedang dirawat di hospital tempatan,” kata Beshear pada sidang media Selasa. – Bernama

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala 11 lagi cedera dalam nahas pesawat kargo di Louisville
  • Pesawat kargo MD-11 milik syarikat penghantaran UPS terhempas sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang Louisville, Kentucky
  • Syarikat itu berkata terdapat tiga kru berada di dalam pesawat berkenaan
  • Gabenor Kentucky Andy Beshear percaya terdapat sekurang-kurangnya tiga kematian, dan angka itu mungkin meningkat
  • Sekurang-kurangnya 11 mangsa cedera, sebahagiannya parah dan sedang dirawat di hospital tempatan
Scroll to Top