Pihak polis mendedahkan bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan hingga mengorbankan 15 pelajar UPSI malam tadi telah melanggar belakang Perodua Alza sebelum hilang kawalan.
Menurut laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata dapatan itu adalah hasil daripada siasatan awal polis selain memberitahu keadaan lokasi kejadian.
Bas persiaran langgar belakang Alza
“Keadaan lokasi kejadian di Lebuh Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik itu agak berliku, menurun dan gelap yang mengundang pelbagai kemungkinan punca kemalangan.
“Terdapat 42 penumpang bersama seorang pemandu dan kelindan di dalam bas itu. Kesemua pelajar itu berasal dari Pantai Timur berusia antara 21 hingga 23 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Ipoh sebentar tadi.
Artikel lain: Baru malam tadi hantar Fatin naik bas, pagi ini dapat berita dia meninggal dunia – Ibu mangsa
Bas persiaran langgar belakang Alza
Sementara itu, Hisam memaklumkan bas yang didaftarkan di Kedah itu bergerak dari Jerteh Terengganu jam 9 malam tadi dan Bedah siasat dijangka akan mengambil masa lama untuk selesai kerana melibatkan jumlah kematian yang ramai.
Terdahulu, media melaporkan 15 orang dilapor disahkan maut dalam satu kemalangan tragis membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar Upsi dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi.
Sumber: Kosmo! Online