Naib Presiden PAS ganti tempat Muhyiddin! Dr Samsuri dipilih Pengerusi PN yang baharu

Naib Presiden PAS ganti tempat Muhyiddin! Dr Samsuri dipilih Pengerusi PN yang baharu

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, telah dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu, selepas Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN yang diadakan baru-baru ini.

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, mesyuarat tersebut dimaklumkan menjadi medan utama bagi membuat keputusan penting dalam gabungan itu, termasuk pelantikan Ahmad Samsuri bagi mengetuai PN.

Naib Presiden PAS kini Pengerusi PN

Susulan daripada itu, Presiden Parti Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai, telah menyifatkan pelantikan Menteri Besar Terengganu itu selari dengan prinsip PN yang menekankan keterangkuman dan perjuangan semua parti di bawah gabungan tersebut.

“Kami ucapkan tahniah kepada beliau. Kami berharap beliau laksanakan semua kerja terutama demi kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16),” katanya.

 

naib presiden pas

Naib Presiden PAS ganti tempat Muhyiddin

Terdahulu, beberapa pemimpin parti komponen Perikatan Nasional (PN) termasuk Presiden GERAKAN, Dominic Lau tiba di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, bagi menghadiri Mesyuarat Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN), petang ini.

Artikel lain: Dr Sam patuh jika dilantik pengerusi PN -“Apa saja keputusan parti saya akur”

Difahamkan, mesyuarat berkenaan menjadi tumpuan susulan jangkaan perbincangan mengenai pelantikan Pengerusi baharu PN serta kemungkinan penentuan Ketua Pembangkang baharu di Parlimen.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohamad Hafiz Yusoff Bakri)

Scroll to Top