Pelakon popular, Datin Seri Umie Aida meluahkan rasa kurang senang dengan isu rumah tangga selebriti yang semakin hari semakin banyak dikongsikan secara terbuka di media sosial.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di platform TikTok, Umie berkongsi pandangan peribadinya mengenai peranan lelaki sebagai suami dan bagaimana mereka sepatutnya menguruskan emosi serta perasaan isteri dengan cara yang bijak.
“Ya Allah.. saya paling tak suka baca benda-benda dan isu-isu macam ni.
“On media sosial keluar berita-berita rumah tangga macam ni. Naik rimas. Buat dosa kering je,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama rantaian popular TV3 ‘Keluarga Itu’ sempat menitipkan pesanan dan nasihat buat golongan lelaki agar bersikap matang mencari jalan penyelesaian.
“Cuma satu nasihat saya buat kaum lelaki , handle la dengan cara berhemah dan bijak.
“Sifat wanita ini mudah.. dilayan dengan kelembutan dan ikhlas maka ending akan baik. Percayalah.. nanti 5 tahun akan datang,kau orang akan menyesal dengan perbuatan begini,” jelasnya.
@umieaida_9Ya Allah.. saya paling tak suka baca benda2 & isu2 mcm ni. On media sosial keluar berita2 rumahtangga mcm ni. Naik rimas. Buat dosa kering je. 🙄 Cuma satu nasihat saya buat kaum lelaki , handle la dengan cara berhemah dan bijak. Sifat wanita ini mudah.. dilayan dgn kelembutan dan ikhlas maka ending akan baik. Percayalah.. nanti 5tahun akan dtg, korang akan menyesal dgn perbuatan begini.♬ original sound – Umieaidaofficial