“Naik Satu Jerawat Pun Kau Nak Memekak” – Kak KM Dedah Punca Anak Berhenti Kerja

“Naik Satu Jerawat Pun Kau Nak Memekak” – Kak KM Dedah Punca Anak Berhenti Kerja

Usahawan Kak KM atau Liana Rosli mendedahkan dia sendiri yang meminta anak sulungnya, Nabila Ramzan untuk berhenti dan tidak meneruskan kerjaya sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.

Memetik mStar Online, Kak KM berkata dia tidak sanggup melihat anaknya dimarahi ketika menjalani latihan dan dia tiada masalah untuk membayar penalti.

BACA: “Post Bukti Pakai Uniform Dulu? Boleh Tapi Kau Bayar Saman Aku” – Anak Kak KM Nafi Gagal Latihan

“Ramai sangat buat andaian sendiri. Kita memang bayar penalti sebab saya tidak mahu anak saya kerja dekat sana. Tiada masalah untuk saya bayar.

“Saya mahu anak saya balik. Saya besarkan dia bukan sesuka hati untuk kau marah-marah dia. Saya sendiri besarkan dia tak pernah marah, jadi kenapa hantar kerja, kau nak marah anak aku.

“Kau salah orang. Bagi saya, tidak mengapa saya rugi untuk bayar itu janji bagi semula anak saya,” katanya.

Sementara itu, Kak KM berkata dia tiada masalah untuk anaknya bekerja namun tidak sanggup melihat anaknya diperlekehkan. 

“Anak dah 22 tahun, boleh cakap elok-elok kan? Manusia kan? Nak suruh apa-apa, cakap elok-elok, naik satu jerawat pun kau dah memekak, dah kenapa?

“Tak boleh lah macam tu. Macam kat KL juga, Kak KM akan check, kalau diaorang akan ada buli ke apa, berhenti! Tak payah kerja sana,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top