Trending
Naim Daniel tiba seawal 7.30 bagi di mahkamah untuk sebutan kes atas dakwaan amang seksual remaja 17 tahun.
Penyanyi dan pelakon terkenal, Naim Daniel hadir ke Mahkamah Sesyen Putrajaya sekitar jam 7.30 pagi Isnin untuk sebutan kes pertamanya melibatkan pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.
Menurut laporanĀ mStar, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naāim Daniel Baharin didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di Petaling Jaya pada 19 Mei lepas jam 8.56 malam mengikut kertas pertuduhan.
Naim Daniel mengaku tak bersalah

Pada prosiding 17 Jun lepas, Naim membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Datin M Kunasundary atas pertuduhan berkenaan.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Jumlah jaminan dan syarat tambahan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharuddin, manakala Naim diwakili peguam Mohd Irwan Sumadi dan Amirul Ridzuan Hanif.
Pihak pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan syarat tambahan termasuk penahanan pasport serta larangan mengganggu mangsa dan saksi.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan Naim diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin, bersama syarat tambahan seperti yang dipohon pihak pendakwaan.
Pssttt! Setiap individu berhak melalui proses undang-undang dengan adil. Apa pun, isu melibatkan jenayah seksual harus dipandang serius kerana ia meninggalkan kesan besar pada mangsa dan masyarakat.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.