Naim Fail Permohonan Bantahan, Mangsa Minta Dibicarakan Melalui Pautan Video

Naim Fail Permohonan Bantahan, Mangsa Minta Dibicarakan Melalui Pautan Video

Mahkamah Sesyen Putrajaya menetapkan 15, 16 dan 18 Disember depan sebagai tarikh perbicaraan kes penyanyi Naim Daniel yang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun.

Memetik mStar Online, peguam mewakili Naim berkata pihak pendakwaan memohon agar mangsa memberi keterangan secara dalam talian selain beberapa permohonan lain ketika prosiding berlangsung.

BACA: Datang Awal, Naim Daniel Solat Subuh Di Mahkamah

“Pihak pendakwaan membuat satu permohonan iaitu memohon supaya mangsa dibicarakan secara pautan video,” katanya.

Mahkamah turut menetapkan 17 Oktober untuk mendengar hujahan kedua-dua pihak sama ada menyokong atau membantah permohonan tersebut.

“Maksudnya untuk pihak-pihak berhujah sama ada untuk membantah permohonan tersebut di pihak pendakwaan.

“Disebabkan sewaktu perbicaraan nanti mangsa bukan lagi berumur bawah 18 tahun, jadi perlu dibicarakan secara normal,” katanya.

Pada 19 Mei lalu, Naim didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Penyanyi itu mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan pada 17 Jun, di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top