Najib lega, kembali 'bernafas'

Najib lega, kembali 'bernafas'

am@hmetro.com.my

Putrajaya: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan isyarat tanda bagus kepada peguamnya selepas Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini mengembalikan semula kesnya berhubung dakwaan kewujudan Titah Adendum kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam utamanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika ditanya media berhubung reaksi Najib pada sidang media di lobi Istana Kehakiman selepas prosiding, hari ini.

Muhammad Shafee berkata, Najib kelihatan gembira, lega dan turut disifatkan mula ‘bernafas’ semula kerana institusi kehakiman mengiktiraf beberapa unsur ketidakadilan diletakkan terhadapnya.

“Dia (Najib) tidak tidur di penjara kerana bimbang sama ada dia akan mendapat perbicaraan yang adil dan pendengaran yang adil sekali lagi,” katanya.

Najib dapat kebenaran mulakan prosiding semakan kehakiman

‘Tiada surat dari AGC, responden lain cabar adendum ini… seolah-olah kamu akui kewujudannya – Hakim

Anak sulung Najib sahkan wujud Titah Adendum daripada Istana Pahang – Peguam

Takiyuddin jadi peguam pemerhati wakili ahli parlimen

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top