“Nak Dibandingkan Pasangan Lain, Saya Cemburu” – Azar Azmi

“Nak Dibandingkan Pasangan Lain, Saya Cemburu” – Azar Azmi

Pelakon Azar Azmi akhirnya tampil bersuara setelah dibebaskan pihak polis selepas direman bagi membantu siasatan kes penipuan.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Azar berkata ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati serta mempertikaikan apabila melihat dia dibebaskan.

BACA: Suami Azar Azmi Rayu Kurangkan Jaminan, Isteri Tak Kerja & Perlu Tanggung 9 Anak

“Orang akan cakap ‘kau ini cakap saja’. Saya telah direman, disoal siasat dan saya ikut segala prosedur, tiada yang terkecuali. 

“Saya di sini pun ada individu-individu yang tak puas hati macam mana boleh keluar dan terlepas. Entahlah, mungkin kesilapan saya sebab terlalu percaya dekat orang,” katanya.

Sementara itu, Azar berkata pengalaman ditahan polis adalah detik hitam dalam hidupnya dan ketika itu dia hanya mampu berdoa agar anak-anaknya sentiasa dilindungi.

“Gambar terpampang macam itu, tangan dah ada ‘gelang’. Itu paling teruk dalam kehidupan saya. Tak pernah terbayang dan terfikir satu hari saya ke situ.  Saya tiada sesiapa, tak ada tempat bercakap dan mengadu. Cuma ada dinding dan jeriji.

“Saya berdoa tolong lindungi darah daging saya sebab saya tak boleh buat apa dekat dalam. Saya cukup menjaga nama keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Azar turut menyentuh mengenai rumah tangganya dimana dia mengimpikan keluarga bahagia namun bertahan kerana anak-anak.

“Saya tak tahu tapi nak bandingkan dengan pasangan lain, saya cemburu. Saya lebih kepada menjaga anak-anak, sebab itu saya bertahan. 

“Saya mengimpikan keluarga yang tak nak gagal. Biarlah sampai mati tapi saya pun tak sangka benda jadi macam ini,” katanya.

Sumber: Melodi


Scroll to Top