“Nak Harapkan Duit, Saya Memang Tak Ada” – Syed Saddiq Akui Bella Bukan Materialistik

“Nak Harapkan Duit, Saya Memang Tak Ada” – Syed Saddiq Akui Bella Bukan Materialistik

Ahli Parlimen Muar, Syed Sadiq menegaskan Bella Astillah bukan seorang yang memandang harta dalam memilih pasangan sebaliknya mengutamakan nilai keperibadian seseorang.

Menerusi sesi siarang langsung, Saddiq sempat berseloroh mengatakan jika mahu mengharapkan duit, dia sememangnya tiada.

BACA: Bella Astillah Menangis Anak Pertama Kali Minta Hantar Ke Sekolah 

“Itu bukan Bella, Seratus peratus itu bukan Bella.Dia seorang yang mengambil berat tentang kebaikan dan karakter yang baik lebih daripada segalanya.  Nak harapkan duit, saya memang tak ada… minta maaf,” selorohnya.

Sementara itu, Bella turut berkongsikan pandangannya mengenai realiti kehidupan bahawa kita tidak selamanya berada di atas.

“Saya rasa, sesiapa yang ada duit banyak… saya ada kawan-kawan yang diuji ada duit, lepas itu tak ada. Saya rasa kehidupan ini tidak selamanya di atas, kadang-kadang boleh jatuh juga. 

“Sebab itulah kebaikan penting. Sebab baik yang akan berkekalan sampai bila-bila. Kalau you pilih orang yang berduit, tapi dia tak ada budi bahasa, dia tak baik, kita akan hidup derhaka sengsara,” katanya. 

Dalam pada itu, Saddiq berkatas soal kewangan bukan alasan seorang lelaki untuk mengabaikan tanggungjawab terhadap pasangan.

“Tapi ia tidak bermaksud lelaki perlu abaikan tanggungjawab hakikinya. Still, tanggungjawab itu tetap ada dan agama pun telah mengajar apa tanggungjawab seorang lelaki.

“Saya rasa ia perlulah diikuti tetapi ia tidak la tanggungjawab itu sampai ke tahap di mana perlu jadi jutawan untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut,” katanya.


Scroll to Top