Penyanyi Datuk Nora Ariffin berkata dia mempunyai cara tersendiri untuk menangani masalah berkaitan anak-anak dan tidak menggunakan kekerasan.
Menerusi satu podcast, Nora berkata dia tidak akan menghalau anaknya sebaliknya berkata dia akan memeluk mereka serta memberitahu sebagai ibu dia akan sentiasa bersama.
BACA: “Hidayah Itu Milik Allah” – Nora Doa Anak Kembali Ke Pangkal Jalan
“Nak suruh saya tampar atau halau dia daripada rumah ke? Macam mana buruk sekalipun anak kita, dia tetap anak dan darah daging kita.
“Orang luar pulau, mengata, mengutuk, mengeji dan mencaci maki dia. Kalau kita buat benda yang sama, dia nak pergi mana?”
“Apa yang saya akan buat ialah saya peluk anak saya. Saya nak mereka tahu yang apa saja terjadi, saya bersama mereka,” katanya.
Menurut Nora lagi, dia akan meminta maaf kepada anak-anak mungkin sebagai ibu bapa ada yang dia terlepas pandang kerana baginya ibu bapa juga tidak lari melakukan kesilapan.
“Apa jua yang berlaku, saya akan peluk anak-anak dan minta maaf pada diri saya. Minta maaf kalau-kalau saya ini terlepas pandang atau tak cukup pandai menjadi parents.
“Kadang-kadang kita rasa yang kita dah didik dah tapi mungkin ada yang terlepas pandang. Kadang-kadang kita ingat kita betul sebab ‘parents’ kan. Tapi kita pun perlu minta maaf,” katanya.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila anak bongsunya iaitu penyanyi, Dahlia tampil tidak bertudung ketika Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24).




