“Naluri Saya Dah Lama Macam Ni” – Saiful Malaysian Idol Tak Mahu Jadi Hipokrit

“Naluri Saya Dah Lama Macam Ni” – Saiful Malaysian Idol Tak Mahu Jadi Hipokrit

Baru-baru ini, video memaparkan penyanyi Saiful Malaysian Idol lagunya yang pernah popular Ku Juga Mencintaimu tular di media sosial dan ramai yang terkejut dengan penampilannya.

Memetik mStar Online, Saiful mengakui dia sudah lama memiliki naluri wanita dan tidak mahu menjadi hipokrit meskpun sedar perbuatannya bertentangan dengan agama.

“Biarlah saya berterus terang, sebelum saya sertai Malaysia Idol lagi naluri saya memang dah lama macam ini. Saya tak mahu jadi hipokrit dan menipu satu Malaysia, lambat laun orang akan tahu.

“Lagipun saya tak kacau hidup orang lain dan paling penting saya pandai jaga diri sendiri,” katanya.

Sementara itu, Saiful berkata dia enggan menghiraukan kecaman yang dilemparkan terhadpa dirinya kerana lama-kelamaan perkara itu akan berhenti diperkatakan.

“Saya malas nak ambil tahu apa orang cakap, saya hanya mampu reda saja, Benda ini pun sekejap saja dan lambat laun orang akan diam,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top