Nama Arif Aiman akan diingati ‘oppa’ dan ‘noona’ Korea

Nama Arif Aiman akan diingati ‘oppa’ dan ‘noona’ Korea

Pemain Malaysia Arif Aiman Hanapi ketika melakukan cubaan menjaringkan gol pada perlawanan Korea Selatan menentang Malaysia bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub hari ini.
–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

BINTANG muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi pasti akan diingati penyokong Korea Selatan selepas meledak gol kedua Harimau Malaya pada pertemuan Kumpulan E menentang skuad Taegeuk Warriors di Stadium Al Janoub pada Khamis.

Arif Aiman yang teruk dikritik dalam dua perlawanan menentang Jordan dan Bahrain tenang menyempurnakan sepakan penalti di pentas tertinggi bola sepak Asia.

Karakter dan kematangan dipamerkan Arif Aiman amat menakjubkan di sebalik usianya yang masih muda.

Pemain berusia 21 tahun itu juga sesekali berjaya menembusi benteng pertahanan Korea Selatan yang dikawal pertahanan kental Bayern Munich, Kim Min-jae.

Scroll to Top