Susulan laporan sebuah portal hiburan sebelum ini yang mendakwa seorang penyanyi yang juga merupakan bekas peserta rancangan realiti televisyen popular dipercayai bersekedudukan dengan suami orang mengejutkan ramai pihak.
Malah, isu tersebut mula mencuri perhatian selepas nama penyanyi bersuara emas, Nadeera Zaini antara yang dipetik.
Terkejut dengan berita berkenaan, pelantun lagu ‘Bukan Lagi Kita’ itu menolak sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa laporan itu tidak ada kena mengena dengan dirinya.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya individu itu bukan saya dan tiada kena mengena dengan saya.
“Saya tak tahu tentang cerita ini, tiada kena mengena dengan saya,” katanya kepada pemberita.
Dalam pada itu, Nadeera enggan mengambil pusing mengenai isu tersebut dan hanya mahu memberikan fokus terhadap kerjaya seninya.
“Saya hanya fokus tentang kerjaya saya dan mahu merealisasikan impian ibu bapa,” tegasnya.
Sumber: mStar




