Nama Disebut Siti Nurhaliza Atas Pentas, Fasha Sandha Puji Sajat – “Dia Hebat… Kita Tak Layak Menghukum”

Nama Disebut Siti Nurhaliza Atas Pentas, Fasha Sandha Puji Sajat – “Dia Hebat… Kita Tak Layak Menghukum”

Pelakon jelita, Fasha Sandha meluahkan rasa teruja apabila berpeluang bertemu dengan usahawan dan figura kontroversi, Nursajat Kamaruzzaman selepas empat tahun tidak bersua muka.

Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, Fasha berkongsi detik pertemuan itu yang berlaku sejurus selesai menonton konsert Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berlangsung di Singapura malam semalam.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan,41, yang turut menyifatkan Sajat seornag insan hebat kerana namanya disebut oleh Siti di atas pentas, sebagai tanda penghargaan terhadap kehadirannya dari Australia.

“Alhamdulillah, sempat juga jumpa supermodel, @Nursajatkamaruzzaman lepas konsert semalam. Hebatnya Sajat sampai TokTi pun sebut nama dia atas pentas walaupun terbang jauh dari Australia.

“Mesti ramai yang rindukan celoteh manja Sajat, kan? Jom kita sama-sama doakan agar Sajat terus sukses walau di mana dia berada,” katanya.

Menurut Fasha lagi, setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan dan tidak wajar untuk sesiapa menjadi penghukum.

“Kita tidak layak menghukum sebab kita semua ada khilaf masing-masing. Doakan yang baik-baik agar hal yang baik juga akan datang kepada kita,” katanya lagi.

Sementara itu, Sajat turut membalas dengan meninggalkan komen penuh emosi di ruangan hantaran tersebut.

“Pertemuan selepas empat tahun, tak sangka tapi Allah izinkan. Terima kasih, Fasha Sandha. Momen semalam akan jadi kenangan yang saya simpan selamanya.

“Walaupun jauh, persahabatan tetap kekal. You are such a beautiful soul luar dan dalam. Semoga rezeki Fasha sentiasa mengalir bersama keluarga tercinta. Love you always,” tulisnya.

Untuk rekod, Sajat yang kini menetap di Australia masih aktif di media sosial dan kekal mendapat perhatian ramai meskipun berada jauh dari tanah air.

Scroll to Top