Nama Individu Bernama ‘Bella’ Dipetik Pernah Spill The Tea? Ruhainies Mohon Netizen Kumpul Bukti

Nama Individu Bernama ‘Bella’ Dipetik Pernah Spill The Tea? Ruhainies Mohon Netizen Kumpul Bukti

“Saya nak tahu adakah sekadar mahu melagakan atau memang ada statement seperti ini dibuat”.

Demikian respons pelakon Ruhainies selepas namanya dipetik menerima tajaan daripada sugar daddy oleh seorang individu.

Kata Ruhainies atau nama lengkapnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 33, dia tertanya-tanya tentang kesahihan dakwaan tersebut yang tular di media sosial dan meminta kerjasama pengikutnya untuk tampil dengan bukti sekiranya benar individu bernama Bella pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

“Bella mana ni? Betul ke dia ada cakap macam ni?

“Saya baca dekat mana mana RAMAI mention macam ni. Anyone boleh share if ada video atau statement tentang ni? Sebab bersepah statement macam ni di mana-mana dalam sosial media.

“Saya nak tahu adakah sekadar nak melagakan atau memang ada statement seperti ini dibuat kepada umum. Terima kasih,” katanya.

Terdahulu, nama Ruhainies menjadi bualan hangat netizen susulan dakwaan tidak berasas yang mengaitkannya dengan tajaan ‘sugar daddy’.

Scroll to Top