Penyanyi tersohor, Misha Omar menepis khabar angin mendakwa dirinya individu wanita yang ditangkap oleh polis Thailand bersama ribuan biji pil kuda.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), pelantun lagu popular Bunga Bunga Cinta yang juga berasal dari Kelantan ini tampil memberi penjelasan selepas ramai dalam kalangan pengikutnya menghantar berita berkenaan di media sosial.
“Terima kasih kepada yang kongsi artikep ini dengan Kak Mitch (panggilan Misha) dan bertanya sama ada saya okay atau tidak.
“Tetapi penyanyi itu bukan saya… jangan risau okay?,” tulisnya di Instagram.

Sebelum ini, seorang penyanyi wanita popular Kelantan merupakan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand bersama ribuan biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pagi semalam.
Menurut laporan Kosmo Online, difahamkan, kesemua suspek termasuk tiga wanita berusia antara 25 hingga 34 tahun tersebut ditahan di sebuah bilik hotel selepas selesai berhibur di pusat hiburan di bahagian bawah hotel terbabit.
Artikel Berkaitan: Penyanyi Wanita Popular Kelantan Ditahan Polis Thailand Bersama Ribuan Pil Kuda?




