Oh! Artis
Namewee disambung sebulan lagi reman sementara polis tunggu laporan toksikologi kes kematian pempengaruh Taiwan.
Kes melibatkan pengarah dan penyanyi kontroversi, Namewee, nampaknya masih belum berakhir. Reman polis terhadapnya kini disambung lagi selama sebulan bermula Khamis lalu hingga 11 Januari depan.
Menurut pihak polis, sambungan reman ini dibuat kerana siasatan masih berjalan dan laporan penting masih belum diperoleh. Kes ini berkait dengan kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan yang masih dalam proses siasatan.
Polis masih tunggu laporan toksikologi penuh

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan toksikologi berkaitan kematian pempengaruh warga Taiwan, Hsieh Yun Hsin, 33. Laporan itu dijangka mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk disiapkan.
Disebabkan perkara itu, reman Namewee terpaksa disambung buat sementara waktu. Polis juga tidak menolak kemungkinan jaminan akan disambung lagi sekiranya laporan masih belum diterima.
Kes ini masih dalam siasatan dan pihak polis masih menunggu laporan toksikologi seperti yang dinyatakan, yang mengambil masa beberapa bulan untuk disiapkan.- Katanya.
Kes disiasat sejak November lalu

Pada 26 November lalu, media melaporkan jaminan polis terhadap Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 42, disambung selama dua minggu. Ketika itu, siasatan kematian pempengaruh wanita warga Taiwan masih diteruskan.
Sebelum ini juga, kertas siasatan dijangka dihantar semula kepada Pengarah Pendakwaan Negeri selepas laporan bedah siasat diperoleh. Bulan lalu, Namewee dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan tersebut.
Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dilaporkan berkata pembebasan Namewee dibuat kerana tiada petunjuk kukuh. Menurutnya, tiada bukti yang dapat mengaitkan individu berkenaan secara langsung dengan punca kematian pempengaruh wanita warga Taiwan berusia 31 tahun.
Pssttt! Ohmedia harap korang beri ruang kepada pihak berkuasa untuk jalankan siasatan dengan adil dan telus. Dalam kes sensitif macam ni, sabar dan tunggu fakta lengkap selalunya lebih selamat daripada buat andaian sendiri.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




