Namibia muncul juara hoki dalam dewan Piala Sultan Nazrin Shah

Namibia muncul juara hoki dalam dewan Piala Sultan Nazrin Shah

Tuanku Zara Salim (depan, kanan) berkenan bergambar dengan pasukan hoki lelaki Namibia yang muncul johan pada aksi akhir edisi pertama Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Piala Sultan Nazrin Shah di Stadium Indera Mulia malam ini. – Foto Bernama

PEMAIN senior Namibia, Brynn Cleak muncul wira pasukannya, selepas jaringannya mengesahkan kemenangan ke atas Afrika Selatan menerusi penentuan penalti 3-2, pada aksi final edisi pertama Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Piala Sultan Nazrin Shah.

Perlawanan terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas berakhir 40 minit perlawanan, pada aksi di Stadium Indera Mulia dekat sini.

Turun selaku pasukan bukan pilihan, Namibia yang berada di ranking ke-13 dunia bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi gol padang yang disempurnakan Fagan Hansen, pada minit ke-10.

Tujuh minit berselang, serangan bertali arus skuad bimbingan Trevor Cormack membuahkan hasil, apabila Brynn Cleak meletakkan pasukannya berkelebihan dua jaringan, menerusi gol padang.