Pelakon dan model, Daler Yusuf bersuara memberi teguran terbuka terhadap isu panas antara Puteri Balqis dan Mia Sara.
BACA: “Yang Dibuli Kekal Menderita, Si Pembuli Riang Ketawa” – Puteri Balqis Luah Rasa Kecewa
Menerusi satu hantaran di Thread, Daler meluahkan rasa kurang senang dengan sikap yang ditunjukkan oleh individu yang didakwa sebagai bapa tiri dan kekasih Balqis.
“Tak elok langsung cara dorang” – Daler Yusuf
Menurut Daler, sebagai lelaki Muslim, mereka tidak sepatutnya masuk campur dalam urusan sesama wanita lebih-lebih lagi bila melibatkan isu sensitif.

Tambahnya, setelah membaca kandungan tangkap layar IG Story pihak berkenaan, dia menyifatkan bahasa yang digunakan sebagai terlalu kasar dan kurang ajar terhadap seorang gadis muda berusia 20 tahun.
“Mempertahankan isteri betul, tapi jaga bahasa juga penting”
Dalam hantaran balas, Daler mengakui bahawa mempertahankan isteri adalah tanggungjawab seorang suami, namun ia perlu dilakukan dengan cara yang lebih baik dan beradab.

Teguran Daler itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang bersetuju dan ada juga yang mengecam Daler yang masuk campur urusan keluarga orang lain.
Pssttt! Teguran Daler Yusuf ini patut dijadikan peringatan dalam apa jua konflik, hormat dan adab tetap perlu diutamakan. Tak salah nak bersuara, tapi biarlah dengan bijaksana.
Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




