“Nampak Rambut Tu…” – Penampilan Tya Ariffin Ditegur Netizen

“Nampak Rambut Tu…” – Penampilan Tya Ariffin Ditegur Netizen

Baru-baru ini, penampilan terkini pempengaruh dan usahawan, Tya Ariffin sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila tampil dengan gaya tudung selendang yang tidak dipin hingga menampakkan sedikit rambut.

Video dan gambar yang dimuat naik di TikTok itu pantas mengundang pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Risau lama-lama buka semua…”- Netizen nasihat Tya Ariffin.

Ramai netizen mula bersuara dan meluahkan kebimbangan bahawa gaya seperti itu mungkin membawa kepada perubahan lebih drastik pada masa akan datang.

Ada yang risau kalau-kalau Tya akhirnya tidak lagi bertudung sepenuhnya.

Ramai mendoakan yang baik-baik…

Walaupun ada teguran, namun bukan semuanya bersifat kecaman. Ramai juga yang mendoakan agar Tya kekal istiqamah dalam berhijab dan terus memperbaiki penampilannya sebagai wanita muslimah.

Netizen dilihat tetap memberikan sokongan dan doa agar perubahan itu kekal ke arah kebaikan.

Yang menariknya, Tya dilihat tidak melenting atau menepis komen yang diberikan. Sebaliknya, dia tetap kelihatan tenang dan menghargai teguran yang diberikan oleh para pengikutnya.

Ini dapat dilihat apabila Tya menyukai beberapa komen yang ditinggalkan netizen walaupun ia berupa teguran berkaitan penampilannya.

Pssttt! Perjalanan hijrah dan istiqamah setiap orang tak sama. Ada naik turun, ada masa diuji dengan pandangan, ada masa dikuatkan dengan doa. Teguran itu tanda sayang, dan bila seseorang masih sudi mendengar, tu petanda hati masih lembut. Kita doakan yang baik-baik buat Tya Ariffin. Semoga terus diberi kekuatan untuk kekal istiqamah dan menjadi inspirasi buat wanita lain.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top