Napoli teruskan rentak tanpa kalah

Napoli teruskan rentak tanpa kalah

Milan: Pendahulu Serie A, Napoli, meneruskan rentak tanpa kalah yang mengagumkan dengan meraih kemenangan ke atas AC Milan pagi tadi.

Meskipun pengurus Antonio Conte tidak lagi dapat mengabaikan perbincangan mengenai kejayaan merangkul Scudetto, kembali ke pentas Eropah masih menjadi matlamat utama.

Kemenangan 2-0 di San Siro menyaksikan Napoli mengekalkan sembilan perlawanan tanpa kalah dalam liga dan membuka kelebihan tujuh mata di puncak, menjelang kunjungan Inter Milan ke Empoli esok pagi.

Selepas gagal mempertahankan gelaran dengan beraksi teruk musim lalu, yang menyebabkan Napoli tidak beraksi di pentas Eropah musim ini, Conte terus berusaha menyeimbangkan jangkaan di kelab.

“Scudetto? Tiada siapa yang bersembunyi. Kami melihat secara realistik apa yang kami lakukan tahun ini,” katanya kepada DAZN.

“Selepas 10 perlawanan, ia adalah sesuatu yang luar biasa dan tidak terduga, bahkan yang paling gila pun tidak akan meramalkannya. Tetapi kami tetap berpijak di bumi nyata.”

“Kami tahu apa matlamat kami, iaitu untuk kembali ke Eropah. Tetapi terdapat lima atau enam pasukan yang mempunyai idea yang sama. Menang di Naples akan menjadi sesuatu yang luar biasa. Kami memberi diri kami tiga tahun. Kami sedang membina semula sesuatu dan ia memerlukan masa.”

Dengan permulaan yang begitu mengagumkan, Conte sedar bahawa akan sukar untuk menghentikan penyokong Napoli daripada memikirkan kejayaan merangkul gelaran sekali lagi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top