NASA tangguh misi ke bulan susulan masalah teknikal

NASA tangguh misi ke bulan susulan masalah teknikal

Washington: NASA menangguhkan misi angkasawan ke bulan yang pertama sejak 1972 selepas masalah teknikal memaksa agensi angkasa itu menunda pelancaran Artemis 2, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pentadbir NASA Jared Isaacman dalam hantaran di platform X pada Sabtu bahawa satu isu berkaitan bekalan helium pada salah satu peringkat roket perlu ditangani.

Kerja pembaikan memerlukan pemindahan roket dan kapsul Orion dari pad pelancaran Pusat Angkasa Lepas Kennedy di negeri Florida, AS kembali ke hangar, menjadikan tempoh pelancaran Mac yang dirancang pada asalnya tidak dapat dicapai.

Misi itu pada mulanya dijadualkan pada awal Februari, tetapi ditangguhkan kerana kebocoran hidrogen semasa ujian. Selepas raptai penuh urutan pelancaran dijalankan kemudiannya, tanpa melibatkan pelepasan, Isaacman menyifatkan kemajuan sebagai signifikan pada Jumaat.

Tempoh pelancaran selanjutnya dijangka lewat tahun ini, termasuk pada awal April. Artemis 2 akan membawa empat angkasawan – warga Amerika Christina Koch, Victor Glover dan Reid Wiseman, serta warga Kanada Jeremy Hansen – dalam misi kira-kira 10 hari mengelilingi Bulan, menandakan perjalanan manusia pertama menghampiri Bulan dalam tempoh lebih 50 tahun.

Angkasawan AS terakhir yang mendarat di bulan melakukan penerbangan ke sana pada 1972.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top