Pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah menyorot perhatian apabila berkongsi tentang lima ciri-ciri suami yang berjuang mempertahankan keharmonian rumah tangganya.
Antara intipati nasihat itu adalah lelaki yang ikhlas mempertahankan keluarga tidak mudah mengalah apabila diuji. Sebaliknya, memilih untuk memahami keadaan dan memperbaiki diri, berbanding menyalahkan pasangan.


Lebih menarik perhatian, pelakon Kamal Adli tampil memberikan komen pada hantaran berkenaan seolah-olah bersetuju dengan nasihat tersebut.





