
Tze Yong. Gambar kecil: Roslin
NG Tze Yong perlu menggunakan baki dua saingan Master Jepun dan Kejohanan Antarabangsa Syed Modi di India untuk mengutip sebanyak mungkin mata bagi meraih slot ke Jelajah Dunia Akhir bulan depan, selain mengumpul mata ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Itu nasihat legenda badminton, Roslin Hashim kepada pemain perseorangan lelaki negara itu menjelang pusingan pertama Masters Jepun selepas pemain berusia 23 tahun tersebut ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan kedua Terbuka Hylo pada 2 November lalu.
Malah menurut Roslin, pemain ranking 15 dunia itu perlu bangkit lebih bertenaga dalam Masters Jepun berstatus Super 500 di Gimnasium Wilayah Kumamoto tersebut.
“Bagi saya, aspek taktikal Tze Yong ok cuma stamina dia sahaja yang memerlukan penambahbaikan menerusi latihan.



