Nedim Nafi Belum Move On, Akan Pertahan Nora Danish Habis-Habisan

Nedim Nafi Belum Move On, Akan Pertahan Nora Danish Habis-Habisan

Bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil memberi penjelasan susulan tindakannya mempertahankan bekas isterinya.

Menerusi perkongsian di Threads, Nedim berkata dia tidak akan berdiam diri seandainya bekas isteri dikecam meskipun mereka sudah pun berpisah.

BACA: “Jangan Nak Cari Salah Dia” – Nedim Pertahan Nora Danish

Menurut Nedim lagi, dia berbuat demikian bukan kerana tidak boleh melupakan bekas isterinya sebaliknya kerana dirinya seorang lelaki yang pernah berkahwin dengan Nora.

“Saya bukan baik sangat pun tapi saya tidak boleh blah orang kecam bekas isteri saya. Kalau tak percaya tanyalah dia, dia kenal saya. Jadi betul saya akan lindungi dia habis-habisan tapi kalau dia dah berkahwin saya akan berhenti.

“Kerana itu sudah melanggar urusan peribadi jadi kepada yang bebal kata saya tak boleh lupakan bekas isteri saya tu tak betul. Saya buat kerana saya seorang lelaki, faham? Lelaki yang pernah berkahwin dengannya,” tulisnya.


Scroll to Top