
Sebut sahaja nama figura ini, siapa yan tidak mengenali usahawan serta pengasas jenama Naelofar Hijab yang juga selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor (Lofa) yang merupakan isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail.
Terdahulu, Neelofa pernah berkongsi bagaimana suaminya telah berjaya mengubah perspektif dirinya tentang ‘konsep rezeki’ dalam Islam.
Dulu Tak Pernah Rasa Cukup!


Perkara berkenaan dimaklumkan Lofa ketika membuat siaran langsung di laman Tik Tok bersama rakan artis, pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana.
Jelas Lofa sebelum ini dia terlepas pandang, konsep bersyukur walaupun telah dikurniakan banyak rezeki oleh Allah. Malah dia sentiasa merasa kekurangan dan tidak mencukupi dengan apa yang diperolehinya.
“Saya sangat faham, terutamanya bila awak kata dulu dapat banyak tapi tak pernah rasa cukup.
“Tapi saya banyak belajar selepas berkahwin daripada suami saya. Dia banyak sedarkan saya tentang aspek kesyukuran.
“Family saya menjadi saksi daripada saya tiada apa-apa sehinggalah saya berada di tahap ini. Bila ada orang baru masuk dalam hidup saya, daripada sudut pandangan dia pandang saya berbeza,” ujarnya.
Selain itu, Lofa turut berkongsikan kepada Sarah, bagaimana Haris berjaya mengubah persepsi dirinya melihat konsep rezeki dan kesyukuran dalam Islam walaupun menerima rezeki hanya sebesar zarah sahaja.
“Dia (Haris) selalu cakap dekat saya untuk banyak bersyukur sebab apa yang Allah bagi pada saya, tak sebanyak macam Allah beri pada orang lain. Contohnya, orang-orang yang minat dan sokong saya, sentiasa mendoakan awak dan itu adalah salah satu bentuk rezeki juga.
Malah, Lofa akui kerana dibesarkan dalam keluarga yang sentiasa mendapat perhatian dan ‘spotlight’ dari peminat, cara dirinya melihat konsep rezeki dahulu agak berbeza berbanding sekarang.
Haris Sangat Menghargai Setiap Pemberian Yang Diterima Dari Orang Lain.


Jelasnya, ketika itu, dia sentiasa merasa mahukan sesuatu lagi dan lagi dan tak pernah merasa cukup.
Ujarnya lagi, ini sangat berbeza dengan perilaku Haris yang sangat menghargai sekecil-kecil pemberian yang diterima dari sesiapa pun.
Artikel berkaitan: Riuh Satu Dewan Dengar ‘Sorakan’ Neelofa Khas Buat PU Riz
“Haris ni benda paling kecil yang dia dapat pun dia sangat bersyukur dan hargainya. Pada saya perkara tu sangat mudah dan biasa.
“Tapi apabila dia zahirkan benda tu dengan penuh rasa bahagia dan syukur terhadap satu perkara, jadi lama-lama saya sedar mungkin inilah apa yang orang lain akan rasa apabila terima sesuatu,” dedah Lofa.
Justeru daripada perilaku Haris ini, Lofa akui dia dapat belajar banyak perkara melibatkan rezeki dan mengapa kita perlu bersyukur terhadap setiap sesuatu yang diberikan Allah di dalam kehidupan kita.
“Secara tak langsung saya banyak belajar cara untuk munasabah dan fikir semula.
“Katakanlah kalau Allah bagi kita rezeki yang besar, duit yang tak pernah putus, rumah berpuluh biji tapi semua itu belum janji kebahagiaan.
“Kebahagiaan akan datang daripada keberkatan dalam punca rezeki dan sifat yang ada rasa syukur,” jelasnya.
Untuk Rekod, pada 27 Mac 2021, Neelofa telah mengakhiri zaman bujang bersama jejaka pikihan hatinya, pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Pasangan merpati dua sejoli itu, kemudian dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas sebagai penyeri hidup dan pengikat kasih sayang antara Neelofa dan Haris Ismail.
Sumber: Instagram Neelofa & XTRA
Artikel berkaitan: Lengan Berketul-Ketul! Netizen Geram Lihat Kecomelan Bilal, ‘Copy Paste’ Neelofa Masa Kecil Versi Lelaki
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!

Penggayaan tudung adalah mengikut citarasa masing-masing dan ianya berpandukan kepada niat mereka tersendiri. Seperti lazim kita tahu, tudung itu tujuan utamanya untuk menutup aurat.
Jadi bagaimana dengan isu penggayaan tudung yang menyerupai rambut? Adakah ianya dianggap satu cara yang melampau bagi seorang hijabi?
Bergaya dengan hijab ikut dengan niat


Tren gaya hijab yang mempunyai unsur yang unik dan ada yang menyerupai rambut telah menapak lama di dunia fesyen tempatan. Bahkan, ramai juga yang menggayakan pelbagai jenis gaya mengikut citarasa mereka.
Ramai yang memberikan pandangan yang berbeza jika melihat seseorang yang menggayakan tudung seakan rambut. Ada juga yang mengeluarkan pendapat bahawa itu adalah haram bagi wanita oleh kerana ia boleh menimbulkan fitnah.
Perkara ini telah di bincangkan melalui laman e-Sumber Maklumat Fatwa Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) yang menjelaskan hukum bagi seorang wanita yang menyambung rambut atau memakai rambut palsu untuk berhias. Penggunaan rambut atau sesuatu yang menyerupai rambut di kepala adalah diharamkan oleh Allah SWT.
Ianya tidak kira mengikut kehendak wanita itu atau dilakukan oleh orang lain seperti juru andam atau juru solek. Perbuatan ini haram sama sekali kerana ia mengundang unsur-unsur penipuan dan fitnah yang seakan mengubah ciptaan Allah SWT.
Artikel berkaitan: Travel Dengan Penuh Bergaya! Ikuti Lima Tips Agar Hijabi Kekal Patuh Syariah
Bergaya dalam sisi Islam
Berkongsi oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, menjelaskan makna fesyen yang sebenar bagi umat Islam mengikuti peraturan yang mengikut hukum syarak Islam. Ianya berketepatan dengan niat serta hukum yang betul.
Umat Islam perlu fahami makna berpakaian adalah menutup badan dengan betul meskipun ingin bergaya. Islam tidaklah menyekat untuk bergaya namun ia perlu mengikut syarat yang tertentu iaitu tidak melebih-lebih.
Telah diriwayatkan daripada Aisyah RA katanya “Sungguhnya Asma’ binti Abu Bakar RA telah masuk kepada Rasulullah SAW dalam keadaan memakai pakaian yang nipis lalu Baginda berpaling daripadanya dan bersabda: Wahai Asma’ sungguhnya perempuan itu apabila telah baligh tidaklah harus bahawa dilihat daripada badannya kecuali ini dan ini dan Baginda mengisyaratkan kepada wajahnya dan dua pergelangan tangannya.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Sumber: Sinarislamplus
Artikel berkaitan: Nampak Simple Tapi Tetap Bergaya , Stail Baru Dato’ Seri Vida Diterima Positif Orang Ramai
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!

Penyanyi terkenal, Hafiz Suip meluahkan rasa syukurnya selepas melihat isterinya yang tersayang, Effy Jasreel kini tampil dengan imej berhijab.
Berkongsi di laman Instagram, Hafiz memuat naik gambarnya bersama Effy berserta kata-kata yang bersahaja namun cukup romantis!


Ya Allah semangat gila aku nak selfie ngan bini aku ya Allah…semoga hidayat ke seluruh Alam Aminn Ya Rabbal’alamin 🥰😘 BEAUTIFUL @nureffyj 😍
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut sama mendoakan untuk kesejahteraan Hafiz,32, dan isterinya serta berharap Effy dapat turut istiqamah dengan penampilan baharunya ini.
“Hidup dalam beragama… Rezeki pada ketenangan… jangan risau pada hidup… tapi risau pada selepas mati,” coret Ustaz Abullah Khairi.
“MasyaAllah.. barakaAllah,” tulis Ikhwan Fatanna.
“MasyaAllah…. alhamdulillah… Semoga sentiasa istiqamah.
“Aku selalu tersenyum bayangkan kita hidup berdua berjalan berpegangan tangan takkan kau lepaskan,” komen netizen.
Sebagai info, pelantun lagu Awan Nano itu telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 bersama Nureffy Jasreel Abdullah,29.
Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Riyadh Zafri,5, dan Alkaf Zayne,2.
Download seeNI sekarang!

Nabil Ahmad bersyukur kerana diberi peluang untuk meneruskan ibadah puasa pada Ramadan tahun ini, dan beliau bercadang mengerjakan umrah pada 10 malam terakhir bulan tersebut.
Nabil akan ke tanah suci, Makkah, bersama isterinya Nazirah Ayub pada 12 April. Dia mahu berehat dan mencari kekuatan.
Artikel Berkaitan : Ini Yang Patut Kita Buat Pada 10 Malam Terakhir, Kalau Nak Jumpa Lailatul Qadar.
Menurut Gempak, Nabil sangat gembira kerana dapat bertemu lagi di bulan Ramadan. Sebab tu beliau habiskan semua shooting sebelum puasa.


“Sepanjang puasa ini saya nak berehat dan tenang. InshaAllah, 10 malam terakhir saya akan menunaikan umrah sekali lagi. Saya akan bertolak ke tanah suci pada hari esok’
“Tapi saya akan pergi bersama isteri sahaja. Anak-anak tinggal di rumah sebab masih bersekolah,” katanya kepada gempak
Nabil berkata bahawa dia akan pergi menunaikan umrah pada sepuluh malam terakhir Ramadan sejak tahun 2015.


“Ikutkan saya dari 2015, setiap 10 malam akhir bulan Ramadan akan tunai umrah…Alhamdulillah cuma tak dapat masa PKP saja. Tahun lepas pun saya dapat tunai umrah.
“Tapi tahun lepas saya beraya atas kapal terbang sebabkan raya mengejut. Pertama kali saya dapat pergi umrah pun pada 10 malam terakhir Ramadan.
Artikel Berkaitan : Sanggup Bayar Gaji Isteri Demi Punyai Lebih Masa Bersama Nabil Dilabel Lelaki Alpha Sebenar Oleh Netizen!
“Lain macam perasaan, seronok, ketenangan.. Walaupun berkumpul berjuta-juta orang dalam masjid itu. Jadi setiap tahun ketagih nak dapat rasa benda itu balik.
“Bagi saya, bukan saja dapat buat umrah tapi sama seperti nak ‘healing juga la.” – Nabil Ahmad
Sekadar info, Nabil berkahwin dengan Nazirah Ayub pada 30 September 2011. Mereka mempunyai tiga anak perempuan: Nayla Mikayla , Leyla Medyna , dan Mishall Imani.
Sumber : Gempak
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!




