Semangat yang ditunjukkan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dalam usahanya mempelajari dan mendalami ilmu agama wajar dipuji.
Menerusi perkongsian terkini, Neelofa memaklumkan dia kini dalam proses menghafal beberapa doa yang diamalkan dan diajarkan oleh Nabi.
Malah, dia kini memasang target untuk mengingat, menghafal dan memahami makna bacaan sehingga bulan Disember ini.
“4 doa Nabi yang nak dihafal untuk minggu ini Inshaa-Allah. Last week, dapat hafal tiga doa baru alhmadulillah.
“Target nak hafal 70 doa Nabi. Ingat, hafal, lancar, baca dan faham makna by Disember.
“Sekarang mungkin ada 20 lebih baru dengan izin Allah,” katanya.
Dalam perkongsian sama, ibu anak dua ini memaklumkan, apa yang dikongsikan ini hanyalah sekadar pemangkin untuk mereka di luar sana mahu dan bersemangat memulakan sesuatu perkara baik.
“Kenapa saya share ni? Untuk kongsi semangat. It is never too late to start.
“Asalkan ada semangat dan kemahuan. Jom sama-sama,” tambahnya.
Dalam hantraan tersebut, Neelofa turut menggunakan hashtag #70DoaNabiDalamDada.





