
Armada AS diketuai USS Abraham Lincoln ‘siap siaga’ di Laut Arab sejak bulan lalu.
LONDON – Presiden Donald Trump ‘menyerang’ Britain selepas ia keberatan untuk membenarkan Amerika Syarikat (AS) menggunakan pangkalan tentera udara mereka untuk melancarkan serangan ke atas Iran.
Menurut laporan The Times pada Khamis, Rumah Putih sedang merangka pelan operasi ketenteraan secara terperinci melibatkan pangkalan Diego Garcia dan RAF Fairford di Gloucestershire yang menempatkan armada pengebom berat AS di Eropah.
Di bawah perjanjian AS-Britain, pangkalan tersebut hanya boleh digunakan untuk operasi ketenteraan yang telah dipersetujui bersama London.
Susulan situasi yang kian tegang di Asia Barat, Jerman bertindak memindahkan secara sementara sebahagian askar mereka dari Erbil di utara Iraq.
“Hanya kakitangan yang diperlukan untuk mengekalkan keupayaan operasi kem di Erbil kekal berada di lokasi tersebut,” ujar jurucakap Kementerian Pertahanan.
Sementara itu, Perdana Menteri Poland, Donald Tusk sekali lagi menggesa rakyat mereka segera meninggalkan Iran.
“Dalam apa jua keadaan, sesiapa pun tidak digalakkan untuk melakukan perjalanan ke Teheran buat masa sekarang,” katanya. – Agensi
Ringkasan AI
- Presiden Donald Trump menyerang Britain kerana keberatan membenarkan AS guna pangkalan tentera udara mereka untuk serang Iran
- Rumah Putih sedang merangka pelan operasi ketenteraan menggunakan pangkalan Diego Garcia dan RAF Fairford
- Pangkalan tersebut hanya boleh digunakan untuk operasi ketenteraan yang dipersetujui bersama London
- Jerman memindahkan sebahagian askar mereka dari Erbil di utara Iraq akibat situasi tegang di Asia Barat
- Perdana Menteri Poland, Donald Tusk menggesa rakyat meninggalkan Iran



