Negara Haram Jadah Kantoi Cuba Sorok Realiti Serangan Iran

Negara Haram Jadah Kantoi Cuba Sorok Realiti Serangan Iran

Oh! Tidak

Israel halang liputan media perang Iran, wartawan tak boleh dedah situasi sebenar di lapangan.


Sejak bermulanya konflik antara Israel dan Iran pada 28 Februari lalu, situasi di lapangan nampaknya bukan sekadar peperangan biasa. Apa yang lebih mencuri perhatian ialah tindakan negara haram jadah Israel sendiri yang dilihat sekatan ketat terhadap media.

Menurut laporan, sekatan ini bukan sahaja melibatkan media tempatan, malah turut memberi kesan kepada rangkaian media antarabangsa. Akibatnya, banyak maklumat sebenar dipercayai tidak sampai sepenuhnya kepada orang ramai.

Wartawan dilarang dedah lokasi serangan di negara haram jadah Israel

Apa yang lebih mengejutkan, para wartawan langsung tidak dibenarkan melaporkan atau merakam lokasi yang musnah akibat serangan misil dari Iran. Semua bahan berkaitan perlu melalui tapisan ketat sebelum boleh disiarkan.

Ketua Badan Penapisan Pasukan Pertahanan Israel, Kolonel Netanel Kula memberi alasan bahawa langkah ini penting untuk mengelakkan maklumat digunakan oleh pihak musuh dalam peperangan.

Semua rakaman ini boleh jadi alat bantuan kepada musuh ketika perang.- Katanya.

Wartawan juga diarahkan menyerahkan semua bahan termasuk visual berkaitan isu sensitif seperti kesiapsiagaan pertahanan dan kelemahan operasi untuk disemak terlebih dahulu.

Liputan jadi tidak telus dan terkawal

Dengan adanya sekatan ini, banyak laporan yang keluar dilihat kurang telus. Media Barat sendiri berdepan kesukaran untuk memberikan gambaran sebenar kerana akses ke kawasan terjejas juga sangat terhad.

Hospital dan lokasi serangan pula sukar dimasuki oleh wartawan. Akibatnya, kebanyakan laporan hanya bergantung kepada sumber rasmi atau visual yang telah dikawal.

Situasi ini secara tidak langsung membuatkan keadaan sebenar kelihatan “kurang teruk” berbanding realiti yang berlaku di lapangan.

Rakaman luar dedah realiti sebenar

Walaupun media rasmi dikawal ketat, rakaman dari luar seperti video amatur mula menunjukkan gambaran yang berbeza. Kerosakan bangunan, kecederaan dan keadaan panik dalam kalangan penduduk jelas kelihatan.

Difahamkan, komuniti Yahudi juga dilaporkan lari menyelamatkan diri ketika serangan berlaku, sesuatu yang jarang ditonjolkan dalam laporan rasmi.

Keadaan ini membuatkan ramai pengamal media mula bersuara kerana mereka merasakan liputan yang dibuat tidak mencerminkan kebenaran sebenar, sebaliknya lebih kepada “skrip” yang ditetapkan pihak tentera.

Pssttt! Dalam dunia yang penuh dengan maklumat hari ini, korang kena bijak menilai apa yang dibaca dan ditonton. Jangan mudah percaya satu sumber sahaja, sebaliknya cuba lihat dari pelbagai sudut supaya kita tak mudah terpengaruh dengan naratif yang mungkin tak sepenuhnya benar. Semoga negara haram jadah Israel ni musnah!

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top