Nekbat pembangkit selera

Nekbat pembangkit selera

suraya@hmetro.com.my

Antara kuih tradisional popular dalam kalangan masyarakat di Pantai Timur sepanjang Ramadan adalah nekbat.

Rupa dan bentuknya seakan-akan kuih bahulu, namun rasanya tawar dan teksturnya lebih keras.

Ia perlu dimasak terlebih dahulu bersama air gula dan enak dinikmati sama ada sejuk atau panas.

Nekbat mendapat permintaan tinggi sepanjang Ramadan kerana ia antara kuih yang jarang ditemui pada bulan biasa.

Bagi yang ingin mencuba, berikut adalah resipi mudah untuk membuat nekbat.

Bagi yang gemarkan kuah yang lebih manis, tambahkan gula mengikut kegemaran masing-masing.

Bahan-bahan:

– 6 biji telur gred A

– 200 gram tepung beras

– Sedikit pewarna kuning telur

Cara memasak:

– Sangai tepung terlebih dahulu kemudian sejukkan.

– Pukul telur hingga kembang dan gebu, kemudian masukkan sedikit pewarna kuning telur. Kacau hingga sebati.

– Masukkan tepung beras sedikit demi sedikit sambil kaup adunan hingga sebati.

– Sementara itu, panaskan acuan kuih cara di dalam ketuhar dan jangan lupa oleskan sedikit minyak.

– Masukkan adunan dalam acuan kuih cara dan bakar pada suhu 150∞ Celsius menggunakan api atas bawah.

– Apabila sudah masak, nekbat akan kekuningan.

Resipi sira nekbat

Bahan-bahan:

– 1 cawan gula (kuantiti boleh diubah mengikut tahap kemanisan yang disukai)

– 3 cawan air

– Daun pandan

– Sedikit pewarna kuning

– 2 atau 3 kuntum bunga cengkih

Cara memasak:

– Satukan bahan-bahan air gula dan masak hingga sedikit pekat.

– Masukkan nekbat dan biarkan seketika sehingga ia menyerap air gula.

– Sedia untuk dihidangkan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top