Kes pembunuhan kejam peniaga, Norshamira ketika menghantar pesanan kepada pelanggan telah mengundang perhatian ramai.
Turut terkesan dengan kejadian terbabit adalah seorang nelayan dikenali dengan nama Mohamad.
Nelayan kesal tak halang Norshamira

Memetik laporan Sinar Harian, Mohamad berasa kesal kerana tidak menghalang mangsa daripada bertemu dengan suspek pada hari kejadian.
Mohamad berkata lagi, sekiranya dia tahu suspek adalah pelanggan Norshamira dia pasti akan berusaha mencegah pertemuan daripada berlaku.
Jelas Mohamad, pada hari kejadian dia sedang minum bersama seorang rakan di kedai makan dan melihat mangsa keluar dari kereta.
Mangsa kemudian berjalan ke kawan gelap kira-kira jam 8 malam.
Mohamad sempat menegur mangsa supaya tidak ke kawasan gelap, tetapi mangsa tetap pergi selepas melihat suspek melambai ke arahnya.
Jika perlu, saya sendiri akan teman kerana suspek dikenali sebagai individu ‘bermasalah’.
Dia menyangka mangsa mengenali suspek secara dekat dan tidak bertanya dengan lanjut.
Jadi, saya tidak halang atau bertanya lanjut, tapi kami lihat lampu telefon menyala sambil seseorang melambai ke arah mangsa.

Menurut nelayan dikenali sebagai Zalani, suspek memang dikenali dalam kalangan nelayan di situ kerana pernah menetap di kawasan tersebut.
Namun, suspek dikatakan sudah lama tidak kelihatan kira-kira dua ke tiga tahun.
Jelasnya, baru-baru ini suspek muncul semula sehinggalah terjadinya kejadian bunuh.
Memang ramai yang tidak suka dengannya, tapi kami tak sangka dia sanggup melakukan perbuatan sejauh itu (membunuh.
Kira-kira jam 2.30 petang ini, pihak polis telah membawa suspek pembunuhan Norshamira ke lokasi kejadian di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan Pahang.
Suspek dilihat memakai baju lokap berwarna jingga sambil diiring pegawai siasatan.



