NEMOUR BONGKAR ‘DERITA’ DI SEBALIK EMAS OLIMPIKKUALA LUMPUR: Juara gimnastik Olimpik, Kaylia Nemour, membuka lembaran hitam perjalanan kariernya apabila mendedahkan penghinaan, tekanan emosi dan layanan kasar yang terpaksa ditempuh sebelum muncul sebagai ratu palang bertingkat di Paris 2024.Nemour, 18, berkongsi kisah getir itu dalam satu temubual bersama AFP sempena pelancaran bukunya, L’ombre de l’or (Bayangan Emas), yang merungkai sisi gelap perjalanan menuju podium tertinggi sukan tersebut.“Gimnastik adalah tentang disiplin dan pengulangan. Tapi ia bukan tentang jeritan, penghinaan atau air mata,” tegas gimnas kelahiran Perancis berketurunan Algeria itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd




