Bila menyebut nenek, pasti ramai yang membayangkan wanita yang telah berusia dan punya tubuh yang tidak menarik. Benar, tetapi wanita berusia 55 tahun ini yang sudah mempunyai cucu tidak seperti nenek lain. Tubuhnya seperti wanita muda dan penuh dengan tato. Kerstin Tristan merupakan nenek berusia 55 tahun berasal dari Leipzig, Jerman. Dia bekerja sebagai pemandu teksi namun, lama kelamaan dia merasa bosan. Pada 2015, Kerstin cuba untuk membuat tato. Sedikit demi sedikit tubuhnya diberi warna dan lama kelamaan dia menjadi obses.
Pertama kali membuat tato, Kerstin hanya mewarnakan lengannya tetapi kini, lukisan tato telah menutupi seluruh tubuhnya. Dia menghabiskan sebanyak 30.000 euro untuk membuat tato dan dia tidak ingin berhenti. Pada Instagram miliknya, Kerstin sering berkongsi gambar-gambar transformasi dirinya, dari sebelum bertato hinggalah tubuhnya penuh dengan warna-warni tato.
Gambar tersebut ternyata mengejutkan orang ramai kerana penampilannya begitu berbeza. Bukan hanya mempamerkan tato pada tubuhnya, Kerstin turut menggayakan rambut palsu berwarna-warni setiap kali berkongsi gambar. Kerstin kini memiliki 100 ribu pengikut di Instagram, serta terkenal di platform berbayar Only Fans.
Walau ada netizen yang mengatakan penampilannya agak berlebihan namun, Kerstin tetap menganggap tato sebagai sumber kebahagiaan dan tenaga dalam hidupnya. Malah, dia menggambarkan tato berwarna-warni mewakili perasaan sebenar dirinya. sumber- FMT
Malay News
Social Media desk