Kathmandu: Nepal menyekat akses kepada aplikasi Telegram pada Jumaat, mengatakan bahawa platform media sosial itu digunakan untuk aktiviti jenayah, lapor Xinhua.
Pihak Berkuasa Telekomunikasi Nepal mengeluarkan notis yang mengarahkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi menghentikan akses kepada aplikasi itu serta-merta.
“Jumlah penipuan dalam talian terus meningkat di Nepal dengan penggunaan aplikasi Telegram. Difahamkan aplikasi itu telah digunakan dalam jenayah serius seperti pengubahan wang haram.
“Oleh itu, semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi diarahkan untuk segera menyekat atau menutup akses kepada aplikasi Telegram,” kata notis itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd