SHAH ALAM – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menjalani proses pemulihan selepas dilaporkan mengalami keracunan makanan.
Pejabat Perdana Menteri Israel dalam kenyataan berkata, beliau akan terus menjalankan tugas rasmi dari rumah sepanjang tempoh berehat selama tiga hari.
Menurut kenyataan tersebut, Netanyahu, 75, jatuh sakit pada waktu malam dan disahkan mengalami keradangan usus serta dehidrasi, di mana beliau kini menerima rawatan cecair intravena.
āSelaras dengan arahan doktor, Netanyahu akan berehat di rumah selama tiga hari dan akan menguruskan hal ehwal negara dari sana,ā katanya pada Ahad.
Sebelum ini, Netanyahu dilaporkan pernah dipasangkan alat pacu jantung pada 2023.
Pada Disember lalu, beliau turut menjalani pembedahan membuang prostat selepas didiagnosis mengalami jangkitan saluran kencing.