Perkongsian seorang netizen di platform Threads yang memuji pelakon Fattah Amin menjadi perhatian ramai, sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial.
Pandai jaga aib, tak kedekut
Screenshot
Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan menyifatkan Fattah sebagai contoh suami yang baik dan wajar dijadikan teladan dalam institusi kekeluargaan.

“Besar jasa Fattah kepada suami-suami satu Malaysia. Banyak kita boleh ambil contoh dari dia. Sabar, jaga aib, hensem, pemurah, bertanggungjawap, rajin, tak kedekut, bapa penyayang, hensem & paling penting nampak circle nya baik-baik,” ciapannya, hari ini.
Dalam masa sama, dia turut mendakwa pelbagai tuduhan yang pernah dilemparkan terhadap Fattah sebelum ini tidak memberi kesan besar terhadap kepercayaan masyarakat terhadapnya.
Screenshot
“Allah jaga orang baik. Walaupun Fattah difitnah culas nafkah, curang dan sebagainya, rakyat Malaysia langsung tak percaya. Yang percaya ada dalam 32 orang je pun.
“Kesian pula, beria diorang fitnah macam-macam tapi yang percaya dalam 32 orang je,” tambahnya lagi.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan rata-rata bersetuju bahawa sikap sabar dan menjaga aib pasangan merupakan antara ciri penting dalam membina rumah tangga yang harmoni.
Artikel lain: Netizen puji jasa besar Fazura! Dedah suami tak pernah ‘skip’ beri duit raya selepas isu dibangkitkan
Terdahulu, Bekas isteri pelakon itu, Fazura mendedahkan beliau dan anaknya, Nur Fatima Aisya, tidak pernah menerima duit raya daripada Fattah Amin, sepanjang empat tahun perkahwinan mereka.
Pelakon itu berkata beliau pelik kerana bekas suaminya berpendapatan tinggi dan menerima pelbagai tajaan jenama, namun perkara itu tidak pernah berlaku.
Untuk info, Fazura dan Fattah sah bercerai pada 7 Oktober 2024, selepas berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 6 tahun.
Sumber: Threads eddysafwan25_




