Pelakon, Meerqeen meluahkan rasa terkilan dan kesal apabila mendapati ada individu yang menganggap perbuatan mengutuknya secara terbuka di media sosial sebagai satu bentuk hiburan.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 25, memuat naik tangkapan layar mesej daripada seorang individu yang mengaku mengutuknya di platform Threads.
“Sorry Meerqeen aku terkutuk kau dalam Threads tak tahu pula viral,” tulis individu berkenaan sambil disertakan emoji ketawa, seolah-olah menganggap perkara itu sebagai satu gurauan.
Bagaimanapun, pelakon drama rantaian popular Melur Untuk Firdaus itu memilih untuk tidak melatah dan membalas mesej tersebut secara tenang.
“Funny how things like this are enough to make people feel good. Well, I hope you have a good night then,” katanya ringkas.




