Netizen ‘Banjiri’ Ruangan Komen, Nyatakan Sokongan Terhadap Fattah Amin

Netizen ‘Banjiri’ Ruangan Komen, Nyatakan Sokongan Terhadap Fattah Amin

Selepas pelbagai spekulasi dan kontroversi timbul melibatkan rumah tangga pasangan sama cantik, sama padan Fazura dan Fattah Amin bertempiaran, rata-rata peminat dan pengikut kedua-dua selebriti ini bagaikan sukar untuk ‘move on’.

Malah, selepas kes perbicaaan tuntutan cerai yang dibuat Fazura terhadap suaminya yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Petaling, Shah Alam pada Rabu membuatkan rata-rata netizen membanjiri ruangan komen aktor itu.

Kelihatan sugul sebaik keluar dari bilik mahkamah, kelibat Fattah mula menjadi tumpuan, malah ramai yang sebak melihat aktor itu yang didakwa masih sayangkan isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Ada Perasaan Bukannya Robot” – Kelihatan Sugul, Fattah Amin Mohon Doa Yang Terbaik

ARTIKEL BERKAITAN:“Doakan Yang Terbaik Buat Kami, Daddy Will Always Love You”- Kongsi Foto Isteri & Anak, Fattah Amin Bikin Netizen Sebak

ARTIKEL BERKAITAN:“Demi Maruah Sebagai Wanita & Kesejahteraan Fatima” – Fazura Nekad Mahu Bercerai

Menjengah ke ruangan balas hantaran terkininya di Instagram, ramai dalam kalangan peminat dan rakan selebriti tampil memberikan kata-kata semangat dan tanda sokongan mereka terhadap teraju utama filem Pendekar Awang dan Tok Gajah: Darah Indera Gajah ini.

Terdahulu, Fattah percaya bahawa masih ada sinar untuk menyelamatkan perkahwinannya sekaligus memohon doa yang terbaik dari orang ramai.

Malah, menegaskan dia tidak mempunyai sosok wanita lain dalam hati, melainkan isterinya yang tercinta.

Terdahulu, Fazura, 41, mengejutkan ramai pihak apabila dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah pada 13 September lalu.

Meskipun sebelum ini aktres jelita itu menafikan bahawa rumah tangganya tidak bergolak, namun netizen seakan sudah dapat menghidu apabila kedua-duanya dilihat sudah jarang memuat naik foto bahkan hadir ke mana-mana acara bersama.

ARTIKEL BERKAITAN:Krisis Rumah Tangga Cetus Spekulasi, Fazura Kekal Kunci Mulut – “Doakan! Berdiam Diri Lebih Baik”

ARTIKEL BERKAITAN:Sebutan Kes Permohonan Cerai Fazura & Fattah Amin Tangguh 7 Oktober Depan

ARTIKEL BERKAITAN:Berdepan Krisis Rumah Tangga, Fattah Amin Kongsi Foto ‘Sweet’ Dengan Anak Beserta Emoji Hati

ARTIKEL BERKAITAN:”Fattah Amin Belum Sedia Lepaskan Fazura” – Peguam

Scroll to Top