Netizen ‘Bitter’ Intan Najuwa Upah Ramai Pembantu, Empunya Badan Beri Respons – “Anak Saya Bijak, Tahu Mana Satu Mak Dia”

Netizen ‘Bitter’ Intan Najuwa Upah Ramai Pembantu, Empunya Badan Beri Respons – “Anak Saya Bijak, Tahu Mana Satu Mak Dia”

Pelakon Datin Intan Najuwa sekali lagi mencuri tumpuan selepas dilihat membawa jururawat dan pembantunya menghabiskan hujung minggu di sebuah hotel mewah di ibu kota baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Intan kelihatan membawa tiga pembantu dan seorang jururawat yang bertindak menjaga anak perempuannya, Imane Lunara.

“Recharging untuk minggu hadapan,” tulisnya ringkas pada kapsyen berkenaan.

Bagaimanapun tindakan tersebut menerima respons kurang senang dalam kalangan netizen yang mempersoalkan kehadiran dan keberadaan terlalu ramai orang disekeliling anak perempuan tunggalnya itu boleh mengakibatkan kekeliruan sekaligus menjejaskan hubungan antara ibu dan anak.

Enggan berdiam diri, Intan tampil memberikan komen balas terhadap hantaran pengguna media sosial yang dikenali sebagai Pyaheyy.

Terdahulu, Intan memaklumkan, dia dan keluarganya buat pertama kali tidak pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya memandangkan memikirkan keadaan anaknya apatah lagi bila berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.

Bahkan, dia juga tidak mahu menaiki pesawat kerana masih belum bersedia membawa Imane Lunara.

Sekadar info, Intan selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 15 Disember lalu.

Untuk rekod, Intan bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023.

Scroll to Top