Spekulasi mengenai kehamilan isteri kepada pelawak dan usahawan popular Shuib, Watie Hanifiah kembali hangat diperkatakan rentetan sekeping foto dimuat naik di media sosial baru-baru ini.
Dalam gambar tersebut, Watie tampil anggun mengenakan gaun berona ‘champagne’ yang memperlihatkan perubahan pada bentuk tubuhnya, sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Foto itu dirakam semasa Watie menghadiri majlis resepsi pasangan selebriti Eyka Farhana dan Akhyar Rashid yang berlangsung meriah di Langkawi.
Rata-rata peminat dan pengikut pasangan ini meluahkan rasa teruja, malah ramai yang mengucapkan tahniah dengan andaian Watie kini sedang hamil cahaya mata pertama hasil perkahwinan mereka.
Namun, yang lebih mencuri perhatian adalah komen bersahaja daripada Shuib yang cukup manis dan romantik hingga membuatkan ramai tersenyum.
“Banyak sangat makan ni sayang daddy ni,” tulis Shuib dalam nada bergurau.

Pasangan romantik ini telah disatukan sebagai suami isteri pada tahun 2023.
Artikel Berkaitan: Spekulasi Berbadan Dua Hangat Diperkatakan, Ramai Doakan Watie Hanifiah




