Netizen dakwa anak Najib pakai gelang tangan bernilai hampir RM30k seutas?

Netizen dakwa anak Najib pakai gelang tangan bernilai hampir RM30k seutas?

Kehadiran anak kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Nooryana Najwa di mahkamah bagi memberikan sokongan kepada bapanya dalam beberapa perbicaraan kes telah disorot media.

Dia juga dilihat aktif memuat naik kata-kata semangat di media sosial buat bapanya yang telah dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda sebanyak RM210 juta atas kes SRC International Sdn bhd.

Namun begitu, dalam satu perkongsian di Twitter, barang kemas yang dipakai Nooryana telah menjadi perbualan netizen dan ada yang gigih mencari harga gelang yang dipakai wanita itu.

Dalam gambar tersebut, Nooryana dilihat memakai 5 utas gelang tangan dan dari carian di internet oleh netizen, seutas gelang tersebut berharga lebih kurang RM30,000.

Jadi, pengguna Twitter dikenali sebagai Iman Tanita telah membuat andaian bahawa jumlah keseluruhan gelang yang digunakan wanita terbabit bernilai RM146,700.

 

 

 

Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut menuai pelbagai respon dari warganet. Ada di antara mereka mengatakan penampilan anak kepada bekas perdana menteri itu agak keterlaluan memandangkan bapanya merupakan tertuduh.

Namun, ada juga yang menganggap ia perkara biasa kerana Nooryana sememangnya mampu untuk menggayakan barang kemas bernilai ratusan ribu ringgit.

 

 

Sumber: Twitter Iman Tanita