Pelakon Ruhainies tampil bersuara selepas tular dakwaan kononAnya Bella Astillah yang mula membuat tuduhan dirinya ditanggung sugar daddy.
BACA: “Duit Dia Memang Banyak” – Risteena Berang Netizen Tuduh Ruhainies ‘Dibela’ Sugar Daddy
Ruhainies berkongsi semula kenyataan netizen di Instagram Story mempersoalkan tentang kesahihan dakwaan tersebut.

Dia turut meminta netizen menunjukkan bukti sahih jika benar dakwaan dimulakan oleh Bella.
Bella mana ni? Betul ke dia ada cakap macam ni? Anis baca kat mana-mana RAMAI mention macam ni. Anyone boleh share if ada video atau statement tentang ni?
Pelakon itu menegaskan bahawa dia hanya mahu mendapatkan kepastian dan tidak berniat untuk menimbulkan kekecohan.
Anis nak tahu adakah sekadar nak melagakan atau memang ada statement seperti ini dibuat umum. Thank you.
Netizen dakwa Bella pernah dedah sesuatu?

Dalam hantaran sama, Ruhainies turut berkongsi komen-komen netizen yang mendakwa Bella pernah ‘spill the tea’ mengenainya.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang bukti kukuh atau video tular yang menunjukkan Bella membuat kenyataan tersebut secara terbuka setakat ini.
Pssttt! Harapnya semua pihak dapat bersikap adil dan tidak mudah menjatuhkan seseorang hanya berdasarkan cakap-cakap orang tanpa bukti sahih.
Kredit: Instagram Ruhainies
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




